Wednesday, July 27, 2011

DISAAT KAU PERGI

Pertama kali kita berjumpa, aku tidak tahu bahawa kita akan bersama. Saat itu, aku hanya merasai seperti mendapat teman baru yang pandai menjaga aku. Seronok bila dijaga oleh seseorang yang begitu mengambil berat tentang aku setiap masa. Keadaan berubah apabila kita bersama... Kita saling berhati - hati dan menjaga hati masing2 kerana takut dilukai dan melukai... Niat dihati memang untuk terus mencintai..tetapi apakan daya...hati dan perasan bukan mudah untuk menipu yang diri dan fikiran ini masih lagi mengingati kekasih lama.. Perlukah aku berterus terang tentang perkara ini...sungguh sulit dan susah bagi diri ini untuk menjelaskannya kerana dirimu terlalu cemburu pada dirinya...walaupun kau mengetahui yang diri ini masih menyayangi dan mencintai dirinya... Memang amat sukar untuk aku membuang dirinya jauh dari hidupku kerana dia adalah jiwaku dan dia adalah segalanya...andai sahaja kau mengerti situasiku..kita mesti tidak terlanjur bercinta sejauh ini... Sekarang elihatlah...masing2 membawa haluan masing2 dan saling menyakiti, membenci dan mendendami  antara satu sama lain..ketahuilah aku tidak sama sekali berniat untuk berbuat begitu terhadapmu.. Saat2 kau pergi dari hidupku aku terkenang waktu2 yang kita telah lalui bersama...kenangan kita sentiasa menjelma dalam ingatan...Adakah aku masih mengejar bayang semalam?atau aku mulai rindu pada mu yg mula masuk kedalam hatiku.?

No comments:

Post a Comment