Tuesday, January 17, 2012

terimlah pasangan anda seadanya

ada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba2 si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini.. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada. Si isteri menangis di dada suaminya.. Memohon keampunan..

** terimalah pasangan kita sedanya baik lelaki mahupun perempuan.. =)

Sunday, January 15, 2012

TRAGEDI JANUARI 2012..BODOH BTUL MAMAT 2...

11/1/2012...Dengan segala hormatnya aq block no aq atas sbb ada la sorg mamat gila nie da la die amik hp aq xnk pulang pas2 blh plak wat selambe badak dye g buang hp asq...ape ko pikir aq bli hp 2 gne air liur kew ??? wat penat jewk selama nie aq hormat kat ko tp haram ko wat aq mcm sial kn...ko ingt aq bli 2 gne duit mak ayah ko ke duitt ko pun aq xsntuhh la...aq pnt2 keje n bli hp 2 ko senang2 ayam jak buang ...da 2 maki aq depan shopping mall apew ko ingt aq muka tembokkk kew haaaa!!!!!
lepas jew aq blok no 2 aq bli hp lain pas 2 aq g maxis center kat area mid valley utk dapatkn blik semua call out n ape2 jew yg aq wat selama sebulan...amik ko punya la tebalkn...huhhuhuhu...aq terpaksa bli hp nokia...da sony semuanya time 2 ngah mahal..da la nk kne bajet duitt almaklumlahh bjet 2012...huhuhuhso keluar la hp br aq...NOKIA 200...

Sunday, January 8, 2012

Pelengkap Hidupku - Eren ft Romi (Lyric)


*untuk org2 yg teris timewa dalam hidupku...moga mereka bhagia...

PENAT UHHHH!!!

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara...huhuhuh da lama rasanya si ogadis kidal pemilik blog AQ DAN DIRIMU nie xupdate blog...rindu p[lakb rasanya..hurmm tmpat meluahkn isi hati n perasaan...i'm back to my home...huhuhuh...hurm hari nie apew yg aq nk update yerk..hurmmm of coz la pasal diri aq yg kini da bergelar pekerja part time kembali di KENNY ROGERS ROASTERS(KRR)...you know why???because rasa macam bosasn lak asyik duk kat hostel terperap macam orang gle hilang arah tujuan...hahahaha...hurmmmpenat jgk la da dua hr aq kerja...quite good but sometimes rasa macam nk boom jew org yg datang makan 2...macam xreti nk masak kat umah lak...da la kenny 2 mahal...sanggup dorang kn...huhuhuhu...hurmmm aq xtau la knpew aq rasa hidup aq makin  kucar kacir...dlu aq hilang dye...si jejaka idaman yg pernah ada dalam blog nie..tp 2 daa tinggal knangan...lepas 2 aq terus khilangan atukku ...org yg da berusaha bersusah payah membesarkn aq dari aq kecik sampailah aq da besar..dye lah orgnyer...sedih hati nie bilaxdapat melihat die utk kesekian kalinya...but it's ok...dye da pun mengadap illahi...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman n beramal soleh..lepas 2 aq hilang mmber yg da bnyk kongsi suka duka aq...AFIQ...hurmm entahla da nasib kowt...terima jewlah dengan hati yg terbuka n redha...no more pelengkap hidupku...but i have epol...tp xtau la tkut jgk...t terjatuh cinta kat dye...hurmmm haru hidup da la dye aggp just kwn jew...

Wednesday, January 4, 2012

~PUNCA MASALAH PASANGAN ~

Saat anda menjalinkan hubungan cinta, banyak perkara yang boleh mengganggu dan menghancurkan hubungan cinta anda. Jika tak diatasi segera, ini akan menjadi penyebab hubungan cinta anda terkandas di tengah jalan.

1. Ketidak percayaan
... Salah satu hal utama yang boleh membunuh hubungan anda adalah kurangnya kepercayaan. Jika pasangan tak saling percaya, hubungan anda tidak akan berjalan dengan jujur.
Jika anda terus-menerus mengesyaki pasangan anda, atau sebaliknya, hubungan akan berakhir secara perlahan-lahan. Cari dan tahu apa yang menyebabkan rasa tidak percaya di antara anda dan pasangan anda wujud. Berbicaralah dari hati ke hati untuk menyelesaikannya.
2. Stress
Banyak hal yang boleh menyebabkan berlakunya stress dalam hubungan. Dalam hubungan yang penuh stress, perpisahan akan mudah berlaku.
Cari cara untuk mengelakkannya bersama pasangan atau secara sendiri. Bila perlu, minta bantuan daripada rakan atau orang yang boleh anda percayai untuk mengurangkan beban fikiran anda.
3. Menyimpan dendam
Jangan pernah sama sekali menyimpan dendam terhadap pasangan anda. Jika persaan itu wujud antara satu sama lain, pasti anda akan mengalami kesukaran untuk membina masa depan bersama.
Untuk mengatasinya, anda perlu berbincang mengenai alasan anda mengapa menyimpan dendam tersebut. Jika anda memerlukan pihak ketiga untuk membantu anda, lakukanlah.
4. Kurang berkomunikasi
Pasangan jarang berkomunikasi akan sukar memahami apa kehendak antara satu sama lain. Selalulah berkomunikasi dan luahkanlah apa yang anda rasakan kepada pasangan anda. Mulailah dari hal kecil, hingga hal yang memerlukan perhatian penting.
5. Selalu berselisih pendapat
Anda dan pasangan selalu berselisih pendapat hampir dalam segenap hal. Berhati-hatilah kerana pertengkaran besar bermula dari pertengkaran-pertengkaran kecil. Luangkan masa untuk diri sendiri dan berfikir dengan tenang untuk melihat hubungan anda melalui perspektif positif.
6. Bekas kekasih
Bukan bererti anda tidak boleh lagi bersahabat dengan bekas kekasih anda. Namun, lebih baik menjaga jarak anda dengan bekas kekasih agar tidak timbul kecurigaan. Ceritakan pada pasangan anda bahawa anda dan bekas pernah mempunyai hubungan cinta suatu masa lalu.
Beri pengertian pada pasangan, bahawa hubungan anda dengannya telah berakhir.
Ada banyak hal lain yang boleh membunuh hubungan anda, namun tak semuanya dapat diatasi dengan mudah. Komunikasi adalah kunci untuk mengatasinya