Friday, October 5, 2012

update baru

assalamualaikum..w.r.b
hye warga bloggers sekalian..
da lama rasanyer jari nie xmengupdate sesuatu yang gembira pasal hal sayakn
miera bersyukur sangat pada allah s.w.t kerana memberikn peluangf ini sekali lagi bersama dye...
hari tue miera just tnye saje2 je just nk tau sama ada lagi ke rasa sayang dye pada miera n dye mengaku
walaupun dye kata sikit at oleast ada.dte cakap lau xsyg xkn la dye layan miera masa miera dtg outstation kt ipoh hari tue..
time 2 da terharu n berbunga habiz la hati nie kn
miera ingatkn dye da xterima miera da sbb dulu dye pnh ckp yg dye just akn anggp miera as kawan jew n da serik nk serius ngan miera..tp semua tue da  berubah sekarang..
hurmmm tp bkn serius buat masa terdekat nie..sebb dye still study n miera pun sama...
dye kata tgu hbz studyy...
tggu dye hbz studyy tahun dpn...sbb miera hbz taun nie...
mierasetuju..but miera ada ckp ngan dye miera nk try serius skunk..
but mulanyer dye mcm xnk tkut gnggu studyy dye
after miera pjuk2...cakap yg kitaorg mmg couple tp jrg msj n kol
kita just try jew dlu tgk sama ada blh x
dye kata tkut jadi macam dlu
almaklum lah dye ada satu sifat yg maybe sesetengah org jew thn...ble jumpa ok tp ble xjmp just kol n msj...dye mula la berangin...
that's why dye tkut..
miera cakap 2 dlu time masing2 xmatang lagi..
skunk smua da besar...blh fikir n makin matang...xkn la xblh atasi masalah yg kecik tue kn n dye stuju utk try dlu...
happy nyee  time tue allah s.w.t jew yg tau
alhamdulillah...doa miera agar miera dgn dye akan kekal untuk selamanya kali nie..sebb kitaorg hubungan jarak jauh..mmg jarang akn jumpa sbb dye bz dgn studyy miera plak bz ngan studyy n keje...
masa kami terhad...

Sunday, September 2, 2012

upcoming life

HYPE TO ALL
assalamualaikum...to all blogger...hr nie..hr mengupdate blog bagi saya...ak tau knpe sy update upcoming life..sebab saya nk berenti keje n kerja tmpat lain...Y??? sebab saya xthn kje kat situ da...HELLO MY MANAGER..i'm your partimer not full timer..so don't treat me as your fulltimer ok??hntr urat n jadual pun xguna lau sy nk kje weekend xapprove and sy kne stay kje weekday..BAIK BERENTI JEWW...XKUASA AQ NK LAYAN KERENAH KORG YG XHAPE2 TUE...mula2 cakap lain pastucakap lain plak..ingt aq apew robot kew nk kje ikut time korg...dari kje macam robot baik la cari kje lain..pekdah ckit..kn...k la...nk g kje..almaklum la kne pggl keje weekday...
mood ..:aku da buhsan keje macam nie

renungan...ustaz idrus...

cinta ohhh cinta :p

Photo: Cinta oh cinta

Tuesday, July 10, 2012

WANITA

WHAT THEY SAYS ABOUT 'FRIENDZ'


Mama says, FRIENDS tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... Daddy says, FRIENDS tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... Grandfather says, FRIENDS tu seperti air terus mengalir..... Grandmother says, FRIENDS tu Abak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! Brother says, FRIENDS tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ Sister says, FRIENDS tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... Me says, FRIENDS tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan.. tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan saya... itu cara saya berkawan..!! If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you. if you recieve at least 7 back then you are AMAZING walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga. kirim balik jika kamu anggap saya teman selamanya, kirim ke semua temanmu. lihat berapa banyak teman yg sayang kamu.... LoVe yOu

.

Thursday, April 5, 2012

Andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, January 17, 2012

terimlah pasangan anda seadanya

ada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen. Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba2 si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi.
Si suami : Untuk apa semua itu
Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya
Si suami : Emmm…Baiklah
Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja.
Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di
ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut..
Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun
dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti.
Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula..
Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini.. Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang.
Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada. Si isteri menangis di dada suaminya.. Memohon keampunan..

** terimalah pasangan kita sedanya baik lelaki mahupun perempuan.. =)

Sunday, January 15, 2012

TRAGEDI JANUARI 2012..BODOH BTUL MAMAT 2...

11/1/2012...Dengan segala hormatnya aq block no aq atas sbb ada la sorg mamat gila nie da la die amik hp aq xnk pulang pas2 blh plak wat selambe badak dye g buang hp asq...ape ko pikir aq bli hp 2 gne air liur kew ??? wat penat jewk selama nie aq hormat kat ko tp haram ko wat aq mcm sial kn...ko ingt aq bli 2 gne duit mak ayah ko ke duitt ko pun aq xsntuhh la...aq pnt2 keje n bli hp 2 ko senang2 ayam jak buang ...da 2 maki aq depan shopping mall apew ko ingt aq muka tembokkk kew haaaa!!!!!
lepas jew aq blok no 2 aq bli hp lain pas 2 aq g maxis center kat area mid valley utk dapatkn blik semua call out n ape2 jew yg aq wat selama sebulan...amik ko punya la tebalkn...huhhuhuhu...aq terpaksa bli hp nokia...da sony semuanya time 2 ngah mahal..da la nk kne bajet duitt almaklumlahh bjet 2012...huhuhuhso keluar la hp br aq...NOKIA 200...

Sunday, January 8, 2012

Pelengkap Hidupku - Eren ft Romi (Lyric)


*untuk org2 yg teris timewa dalam hidupku...moga mereka bhagia...

PENAT UHHHH!!!

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara...huhuhuh da lama rasanya si ogadis kidal pemilik blog AQ DAN DIRIMU nie xupdate blog...rindu p[lakb rasanya..hurmm tmpat meluahkn isi hati n perasaan...i'm back to my home...huhuhuh...hurm hari nie apew yg aq nk update yerk..hurmmm of coz la pasal diri aq yg kini da bergelar pekerja part time kembali di KENNY ROGERS ROASTERS(KRR)...you know why???because rasa macam bosasn lak asyik duk kat hostel terperap macam orang gle hilang arah tujuan...hahahaha...hurmmmpenat jgk la da dua hr aq kerja...quite good but sometimes rasa macam nk boom jew org yg datang makan 2...macam xreti nk masak kat umah lak...da la kenny 2 mahal...sanggup dorang kn...huhuhuhu...hurmmm aq xtau la knpew aq rasa hidup aq makin  kucar kacir...dlu aq hilang dye...si jejaka idaman yg pernah ada dalam blog nie..tp 2 daa tinggal knangan...lepas 2 aq terus khilangan atukku ...org yg da berusaha bersusah payah membesarkn aq dari aq kecik sampailah aq da besar..dye lah orgnyer...sedih hati nie bilaxdapat melihat die utk kesekian kalinya...but it's ok...dye da pun mengadap illahi...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman n beramal soleh..lepas 2 aq hilang mmber yg da bnyk kongsi suka duka aq...AFIQ...hurmm entahla da nasib kowt...terima jewlah dengan hati yg terbuka n redha...no more pelengkap hidupku...but i have epol...tp xtau la tkut jgk...t terjatuh cinta kat dye...hurmmm haru hidup da la dye aggp just kwn jew...

Wednesday, January 4, 2012

~PUNCA MASALAH PASANGAN ~

Saat anda menjalinkan hubungan cinta, banyak perkara yang boleh mengganggu dan menghancurkan hubungan cinta anda. Jika tak diatasi segera, ini akan menjadi penyebab hubungan cinta anda terkandas di tengah jalan.

1. Ketidak percayaan
... Salah satu hal utama yang boleh membunuh hubungan anda adalah kurangnya kepercayaan. Jika pasangan tak saling percaya, hubungan anda tidak akan berjalan dengan jujur.
Jika anda terus-menerus mengesyaki pasangan anda, atau sebaliknya, hubungan akan berakhir secara perlahan-lahan. Cari dan tahu apa yang menyebabkan rasa tidak percaya di antara anda dan pasangan anda wujud. Berbicaralah dari hati ke hati untuk menyelesaikannya.
2. Stress
Banyak hal yang boleh menyebabkan berlakunya stress dalam hubungan. Dalam hubungan yang penuh stress, perpisahan akan mudah berlaku.
Cari cara untuk mengelakkannya bersama pasangan atau secara sendiri. Bila perlu, minta bantuan daripada rakan atau orang yang boleh anda percayai untuk mengurangkan beban fikiran anda.
3. Menyimpan dendam
Jangan pernah sama sekali menyimpan dendam terhadap pasangan anda. Jika persaan itu wujud antara satu sama lain, pasti anda akan mengalami kesukaran untuk membina masa depan bersama.
Untuk mengatasinya, anda perlu berbincang mengenai alasan anda mengapa menyimpan dendam tersebut. Jika anda memerlukan pihak ketiga untuk membantu anda, lakukanlah.
4. Kurang berkomunikasi
Pasangan jarang berkomunikasi akan sukar memahami apa kehendak antara satu sama lain. Selalulah berkomunikasi dan luahkanlah apa yang anda rasakan kepada pasangan anda. Mulailah dari hal kecil, hingga hal yang memerlukan perhatian penting.
5. Selalu berselisih pendapat
Anda dan pasangan selalu berselisih pendapat hampir dalam segenap hal. Berhati-hatilah kerana pertengkaran besar bermula dari pertengkaran-pertengkaran kecil. Luangkan masa untuk diri sendiri dan berfikir dengan tenang untuk melihat hubungan anda melalui perspektif positif.
6. Bekas kekasih
Bukan bererti anda tidak boleh lagi bersahabat dengan bekas kekasih anda. Namun, lebih baik menjaga jarak anda dengan bekas kekasih agar tidak timbul kecurigaan. Ceritakan pada pasangan anda bahawa anda dan bekas pernah mempunyai hubungan cinta suatu masa lalu.
Beri pengertian pada pasangan, bahawa hubungan anda dengannya telah berakhir.
Ada banyak hal lain yang boleh membunuh hubungan anda, namun tak semuanya dapat diatasi dengan mudah. Komunikasi adalah kunci untuk mengatasinya